Perhimpunan Haram Bersih, Sia- Sia – Rahman Dahlan

Pasir Puteh – Perhimpunan haram Bersih 4 hanya akan menyebabkan semua rakyat menanggung akibat.

 

Ujar Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, impak utamanya adalah kepada ekonomi terutama ketika pasaran dunia dalam persekitaran yang sensitif.

 

Menurutnya, ketidakstabilan domestik bakal memberi imej negatif kepada negara dalam pasaran global.

 

“Pasaran dunia sekarang sensitif kepada mana-mana perkembangan domestik dalam negara.

 

“Mereka nak turunkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi ianya tidak beri kesan kepada orang politik dan pada 1 September ini kerajaan masih lagi Barisan Nasional dan Najib tetap Perdana Menteri.

 

“Namun yang terkesan oleh sebab perkara itu adalah peniaga kerana kejatuhan saham, rakyat kerana pelabur terjejas dan peluang perkerjaan akan berkurangan… barulah orang politik,” katanya yang ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pasir Puteh, Kelantan siang tadi.

 

Apa yang pasti kata Abdul Rahman, Bersih 4 hanya perhimpunan sia-sia kerana kerajaan sedia ada akan tetap berdiri teguh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.