Perhimpunan Haram Bersih 4.0 Kurang Ajar – Tok Pa

Pasir Mas – Badan Perhubungan Umno Kelantan mengutuk perhimpunan haram Bersih 4 di ibu negara hari ini dan esok kerana ia boleh menjejaskan keharmonian rakyat dan keamanan negara, kata pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.

 

Beliau menyifatkan penganjur perhimpunan haram itu “kurang ajar” kerana memilih tarikh dan lokasi yang sama dengan sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka dan kawasan sekitarnya.

 

“Dia pilih tarikh dan lokasi kita nak sambut ambang kemerdekaan, walaupun mereka ditawarkan tempat lain namun mereka teruskan rancangan mereka itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pasir Mas di Pasir Mas hari ini.

 

Polis Diraja Malaysia pada Selasa lalu mengisytiharkan perhimpunan Bersih 4 sebagai perhimpunan haram kerana gagal mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

 

Bagaimanapun, penganjur perhimpunan haram itu masih ingin meneruskan program itu yang bukan sahaja menyalahi arahan pihak berkuasa malah akan mengganggu persiapan menyambut Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka, Isnin ini.

 

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata seluruh rakyat harus bersatu mempertahankan keamanan negara kerana apabila keadaan huru hara berlaku, ia akan mengambil masa yang panjang untuk memulihkan keamanan negara.

 

Beliau berkata Malaysia sebuah negara demokrasi dan mempunyai saluran tertentu untuk semua pihak menyuarakan pandangan tanpa perlu melakukan perbuatan yang boleh menjejaskan keaman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.