Penyokong DAP Terus Dominasi Himpunan Bersih 4.0

Dari Pasar Seni, LRT Masjid Jamek, Dataran Maybank dan Kompleks Sogo, dapat dilihat jelas kebanyakan muka-muka peserta demo jalanan Bersih 4 kali ini lebih 80 peratusnya berwajah Cina yang merupakan penyokong tegar DAP.

 

Bukan tak ada langsung peserta Melayu dan India, ada memang ada tapi tak berapa ramai, mungkin sekitar 10 hingga 15 peratus sahaja, berbeza dengan penyertaan mereka yang boleh dikira besar juga jumlahnya semasa himpunan Bersih 2 dan 3 dulu.

 

Kalau dibanding Bersih 4 dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR 2013) dulu lagilah banyak perbezaannya. Di HKR dulu anggaran peratusannya terbalik, lebih 80 peratus Melayu, selebihnya pula Cina dan India.

 

Sejumlah kecil peserta Melayu yang masih teruja dengan geng Bersih 4 kali ini tentu sahajalah dari kalangan penyokong PKR dan kumpulan serpihan PAS yang kenali sebagai GHB.

 

Untuk menutup aib betapa kecilnya penyertaan orang Melayu, ada beberapa belas orang penyokong GHB dan PKR melakukan solat zohor berjemaah depan khalayak, konon dengan demikian nampak jugalah di kalangan peserta Bersih hari ini memang ada yang berbangsa Melayu beragama Islam.

 

Secara kasarnya jumlah keseluruhan peserta Bersih 4 setakat jam 2.00 petang, masih terlalu jauh untuk cecah angka 5,000 orang.

 

Ada sebuah portal pembangkang menyebut kehadiran keseluruhan sudah mencecah 20,000, bukan main dia punya spin angka kehadiran. Agaknya dikira sekali dengan bayang-bayang peserta di bawah panas mentari.

 

Apa pun melihat pada dominasi penyokong Cina DAP hari ini, kita dapat simpulkan Bersih 4.0 lebih serasi digelar sebagai kuda tunggangan khususnya untuk DAP dan PKR. – MyKMU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.