Batal Hasrat Berucap, Portal ProUMNO Dakwa Mahathir Tertipu Dengan Malaysiakini

Kuala Lumpur – Penampilan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di himpunan Bersih 4.0 lewat petang tadi dipercayai bertujuan membolehkan beliau menyampaikan ucapan kepada peserta himpunan, dedah sebuah laman pro UMNO, MyKMU.net.

 

Menurut laman itu, Tun Mahathir segera bergegas dari Johor terus menuju ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur selepas yakin jumlah kehadiran di himpunan Bersih 4.0 kali ini benar-benar mencecah angka 100 ribu orang seperti dilaporkan oleh portal Malaysiakini.

 

“Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad kecewa apabila melihat hanya tidak sampai 3,000 orang berada di sekitar Dataran Merdeka ketika beliau tiba di jalan bersebelahan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sekitar jam 7.20 petang tadi.

 

“Menurut sumber, Tun sebelum ini ingin turun memberi sokongan kepada perserta Bersih 4 setelah membaca laporan Malaysiakini bahawa lebih 100 ribu orang berhimpun di Dataran Merdeka bagi menjatuhkan Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak,” dakwa laman tersebut.

 

Terdahulu Tun Mahathir dilaporkan hadir di himpunan Bersih 4.0 dan dilihat bersalam-salaman dengan peserta, bagaimana pun beliau dilaporkan tidak memberikan sebarang ucapan.

 

Untuk rekod, selama 22 tahun beliau mengetuai pentadbiran kerajaan pusat, Tun Mahathir amat tegas menolak aktiviti himpunan jalanan terutama sekali sewaktu kegawatan politik berikutan pemecatan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.