Lim Kit Siang Enggan Komen Ketiadaan Wakil PAS

KUALA LUMPUR – Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang enggan mengulas mengenai ketiadaan wakil Pas di Masjid Negara bagi menyokong perhimpunan Bersih 4.0 yang berlangsung mulai hari ini.

 

Beliau berkata, masih terlalu awal untuk melihat sokongan rakyat tetapi yakin ramai akan bersama mereka dalan perhimpunan kali ini.

 

“Kita ada lokasi lain, masih awal saya belum dapat maklumat ditempatkan lain,” katanya ketika ditanya mengenai sambutan orang ramai di Masjid Negara.

 

Berbeza dengan perhimpunan sebelum ini, Masjid Negara antara lokasi panas yang menjadi tumpuan peserta himpunan Bersih.

 

Namun sehingga jam 1 tengah hari tadi, kawasan sekitar Masjid Negara hanya dihadiri puluhan peserta sahaja.

 

Kit Siang ketika ditanya mengenai ketiadaan wakil Pas disitu beliau hanya berkata, “tiada komen untuk Pas”.

 

Kawasan itu hanya mula dibanjiri peserta Bersih 4.0 sebaik ketibaan Kit Siang dan Presiden Gerakan Harapan Baru, Mohamad Sabu.

 

Masjid Negara sebelum ini menjadi lokasi berkumpul pemimpin Pas, namun dalam satu kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menyebut Pas tidak mengerah ahli-ahlinya untuk turun dalam perhimpunan Bersih 4.0. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.