Kemaskini Berita Himpunan Bersih 4

KUALA LUMPUR – Sempena Raptai Hari Merdeka ke-60 di Dataran Merdeka, polis menutup beberapa jalan di Tun Perak dan Jalan Parlimen berdekatan lokasi raptai.

 

Tinjauan Suara TV mendapati, Jalan Dang Wangi masih dibuka untuk laluan kereta.

 

Dalam kesibukan raptai dijalankan, peserta Bersih 4.0 mula kelihatan menuju lima lokasi berkumpul perhimpunan itu seawal jam 9 pagi tadi.

 

Tinjauan di sekitar sogo, peserta perhimpunan Bersih 4.0 sudah berkumpul di perkarangan pasaraya itu sejak awal 9.30 pagi.

 

Kebanyakan dari mereka memakai baju kuning yang tertera logo bersih.

 

Ada juga beberapa aksi menukar baju kuning yang dipakai sebelah dalam.

 

Kemudian, ia diikuti dengan sebilangan pengamal media yang turut memenuhi ruang legar sogo.

 

The Loaf Restoran turut kelihatan sibuk melayan peserta bersih makan di restoren mereka.

 

Sementara itu, anggota polis turut dikerah mengawal kawasan tersebut bagi menghalang peserta Bersih 4.0 menjadi agresif dan liar serta melakukan sebarang tindakan yang merosakkan di kawasan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.