Video Karipap Merdeka: Peserta Bersih Kena Selipar.

Untungnya hari ini kita masih dapat membeli karipap dan menjalani kehidupan tanpa rasa ketakutan.

 

Namun, adakah pada ketika ini kita sedar, bahawa kita masih hidup dalam keadaan aman dan sejahtera selepas kemerdekaan pada 1957 yang lalu?

 

Jika dahulu, semasa era penjajahan British, masyarakat hidup dalam ketakutan serta tegar menghadapi pelbagai kemungkinan dan tekanan hidup.

 

Malah, kebanyakan dari mereka bersedia menyahut seruan pimpinan untuk bersama-sama memperjuangkan kemerdekaan. Juga, semasa memperjuangkan negara untuk merdeka ramai daripadanya yang terkorban. Tidak kurang juga mengalami kecacatan anggota kekal seumur hidup.

 

Adakah layak hari ini tergamak untuk kita merobekkan dan meragut kemerdekaan yang memberikan keamanan kepada kehidupan kita hari ini semata- mata untuk memperjuangkan sesuatu yang sia-sia dan entah apa-apa?

 

Itu antara mesej tersirat yang cuba disampaikan oleh sebuah video bertajuk ‘Karipap Merdeka – Peserta Bersih Kena Selipar’ yang dimuat naik di Youtube.

 

 

 

Dalam video yang sama turut diselit peringatan bahaya kekacauan demi kekacauan dan kerosakan yang berterusan akan mengakibatkan kemusnahan terhadap keamanan negara yang tercinta ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.