Demo Bersih 4.0: Tun Mahathir Mahu Anwar Dibebaskan

Perjuangan NGO Bersih yang menganjurkan himpunan Bersih 4.0 hari ini selain untuk memperjuangkan ketelusan dalam sistem pilihan raya yang dikendalikan SPR, satu lagi agenda utama mereka adalah untuk membebaskan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dari hukuman penjara.

 

Malah dalam himpunan hari ini, jelas dapat dilihat usaha bersungguh-sungguh penganjur Bersih 4.0 untuk mengumpul sejuta tandatangan yang bertujuan mendesak pembebasan Anwar Ibrahim.

 

 

Menariknya lewat petang hari ini, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba-tiba tampil di Dataran Merdeka dan disambut bagai hero oleh peserta himpunan yang melihat kehadiran beliau sebagai tanda sokongan kepada Bersih 4.0.

 

Kehadiran Tun Mahathir dilihat luar biasa kerana ia bertentangan dengan pendirian biasa beliau yang selama 22 tahun memerintah Malaysia sebagai Perdana Menteri amat menentang sebarang aktiviti demonstrasi jalanan.

 

 

Jika benar kehadiran Tun Mahathir ini boleh dianggap satu bentuk sokongan kepada Bersih 4.0, maka tidak syak lagi boleh disimpulkan Tun Mahathir juga seperti menyokong dan mahu Anwar dibebaskan dari penjara atas kesalahan meliwat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.