Bolt, Gatlin Bertemu Lagi Malam Ini

Beijing – Usain Bolt berpeluang menambah emas ketiganya pada Kejohanan Olahraga Dunia selepas Jamaica mara ke final acara 4 X 100 lari berganti-ganti, di Stadium Sarang Burung,sebentar tadi.

 

Gandingan Jamaica yang merangkumi Nesta Carter, Asafa Powell, Rasheed Dwyer dan Nickel Ashmeade mencatatkan 37.41 saat 10 terpantas di dunia setakat ini untuk memenangi acara separuh akhir meninggalkan pesaing terdekat, Perancis dan China yang mencatat 37.92 saat untuk rekod Asia.

 

Ini bermakna Bolt yang sudah menewaskan pesaingnya dari Amerika Syarikat (AS), Justin Gatlin menerusi acara 100 dan 200 meter, berpeluang memenangi emas ketiga dengan menggantikan rakannya di final pada jam 8.45 malam ini.

 

Kuartet AS selaku pesaing utama Jamica yang merangkumi Gatlin, Trayvon Bromell Tyson Gay dan Michael Rodgers turut mara dengan catatan masa 37.91 saat.

 

Kali terakhir dua negara ini berentap adalah pada Kejohanan Lari Berganti-Ganti Dunia di Bahamas pada Jun lalu yang dimenangi pasukan AS.

 

Jamaica yang ditunjang oleh Bolt memenangi semua kejuaraan Olimpik dan dunia sejak temasya Olimpik 2008 dan kejayaan di Stadium Sarang Burung, malam ini, sudah pasti akan meletakkan negara itu sebagai legenda bagi acara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.