Bersih 4.0: Seorang Pelancong Asing Jatuh, Cedera Di Kepala

Kuala Lumpur – Wartawan dan mereka yang datang untuk menyertai Bersih 4.0 dikejutkan dengan insiden wanita jatuh di kaki lima.

 

Ia berlaku sekitar jam 11:15 pagi, ketika mangsa melintasi kawasan berhampiran Masjid Jamek.

 

Ada yang mendakwa wanita itu terjatuh apabila berselisih dengan para peserta Bersih yang sedang membanjiri kawasan terbabit.

 

Wanita yang dipercayai pelancong asing itu dilaporkan mengalami cedera di bahagian kepala.

 

Setakat ini, identiti dan status kewarganeraannya masih belum dipastikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.