Bersih 4.0: Individu Tak Dikenali Lempar 2 Bom ‘Molotov Cocktail’

Kuala Lumpur – Jabatan Bomba dan Penyelamat berjaya memadamkan kebakaran yang berpunca daripada ‘molotov cocktail’ atau bom petrol di pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, di Rumah Persekutuan, Jalan Sultan Hishamuddin, petang tadi.

 

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Abu Obaidad Mohamad berkata, kedua-dua kebakaran itu berjaya dipadamkan dalam tempoh kurang 10 minit.

 

“Kebakaran itu telah merosakkan sebuah kanopi yang didirikan untuk sebuah majlis bakal berlangsung esok,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, sebentar tadi.

 

Bom petrol pertama dilontar kira-kira jam 6.30 petang tadi, manakala yang kedua pada jam 7.20 malam ke tempat letak kereta di Rumah Persekutuan, dekat Dataran Merdeka.

 

Jelasnya, dua bom petrol itu dipercayai dilontar peserta perhimpunan yang berarak di Jalan Kinabalu dari Dataran Merdeka.

 

Katanya, serpihan botol-botol itu kemudiannya ditemui di tempat kejadian dan siasatan ke atas kedua-dua kejadian itu masih dijalankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.