Wanita Bayar RM26000 Untuk Tukar Abu Mayat Suami Jadi Berlian Kuning

London – Seorang wanita Glynis Barnett, 63, membayar kepada sebuah makmal sebanyak £5,000 (RM26,128) untuk menukarkan abu mendiang suaminya, John kepada sebuah perhiasan berlian.

Menurutnya, ramai rakan-rakannya memuji berlian berwarna kuning itu yang kelihatan sangat berseri-seri dan halus pembuatannya.

Glynis mengabadikan abu mendiang suaminya dalam sebegitu rupa untuk sentiasa mengingati orang tersayangnya itu.

“Saya membayar RM26,128 kepada sebuah makmal untuk menjadikan abu mendiang suami kepada berlian agar mendiang sentiasa berada dekat dengan saya walaupun selepas dia meninggal dunia,” katanya memetik Daily Mail.

Kebanyakan rakan-rakannya nyata terkejut selepas Glynis memberitahu perkara sebenar kepada mereka berhubung berlian tersebut.

“Mereka selalu berkata berlian ini sangat bersinar dan warnanya sangat menarik untuk dilihat dan sangat terkejut bila saya katakan berlian ini pernah menjadi suami saya,” kata bekas pembantu peribadi yang berasal dari Kent, United Kingdom ini.

Trend menjadikan abu mendiang sebagai barang perhiasan ataupun sebagai arca dilihat semakin mendapat perhatian ramai di sana kerana mereka ingin mengabadikan kenangan dengan si mati menerusi satu objek yang dekat dengan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.