Video: Penampakan ‘Hantu’ Di Tandas Cathay Singapura

Perkara mistik merupakan antara topik yang mudah mendapat perhatian masyarakat.

Di Singapura sekarang, antara yang hangat diperkatakan adalah penampakan hantu di tandas panggung wayang Cathay.

Berdasarkan satu video yang tersebar, individu bertanggung jawab melakukan rakaman tersebut dikatakan asalnya mahu menakutkan seorang rakan di dalam tandas.

Jadi selepas melihat kasut rakannya di salah satu tandas, dia mula memanjat tandas sebelahnya dengan niat mahu merakam rakannya itu dari atas.

Tapi alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tandas tersebut sebenarnya kosong!

Dalam dok terperanjat tu kamera telefon bimbitnya terakam pula satu entiti menyerupai wanita melintas di dalam tandas tersebut. Apa lagi, lelaki tersebut terus lari sambil menjerit ketakutan.

Ada yang membuat andaian video ini cuma lakonan namun yang pasti ia berjaya juga membuatkan kami terkejut besar petang-petang begini..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.