Polis Akan Bertindak Terhadap PPS – Ketua Polis Negara

Kuala Lumpur – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan, pihaknya tetap akan mengambil tindakan terhadap Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) di Pulau Pinang berikutan pertubuhan itu telah diklasifikasikan haram oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Kita menasihati agar PPS tidak meneruskan aktiviti mereka dan jika berdegil, tindakan tegas termasuklah menangkap mereka akan diambil,” katanya pada majlis serah terima tugas Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kententeraman Awam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mencabar polis untuk mengambil tindakan terhadap pihak pihak yang mempertikaikan PPS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.