Pelan Penstrukturan Baru, 6000 Kakitangan Bakal Diberhentikan

Kuala Lumpur – Malaysia bakal menyaksikan pengumuman pelan penstrukturan baru Malaysia Airlines hari ini.

Penganalisis menyifatkan penstrukturan kali ini merupakan ibu kepada segala penstrukturan yang pernah disaksikan.

Pasca dua tragedi, Khazanah Nasional selaku pemegang saham utama bakal melakukan pengumuman itu selepas menawarkan pembelian saham keseluruhan MAS pada nilai 27 sen sesaham.

Penganalisis menjangkakan Khazanah bakal mengurangkan pekerja, memotong laluan yang tidak menguntungkan ke Eropah dan China dan mengantikan pihak pengurusan.

Penstrukturan besar besaran amat diperlukan MAS malah sebelum dilanda dua tragedi lagi.

Pengarah FA Securities Ahmad Zakie Ahmad Shariff berkata, semua pihak terlibat perlu mengandakan usaha ke arah menjayakan penstrukturan tersebut.

Sumber rapat dengan Khazanah sebelum in memberitahu Bernama, pensturkutran itu bakal melibatkan kepimpinan, pekerja, kesatuan, vendor, pembekal dan rakan kongsi.

Sumber turut berkata tanpa kerjasama semua pihak penstrukturan tidak akan berjaya.

Manakala Khazanah Nasional hari ini mengumumkan 12 pelan untuk memulihkan MAS dalam tempoh tiga tahun.

Pengarah urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, pelan pemulihan MAS itu antara lain membabitkan penubuhan syarikat baharu (NewCo).

Katanya, MAS akan dikeluarkan daripada penyenaraian menjelang hujung 2014, diikuti pemindahan aset dan liabiliti kepada NewCo menjelang 1 Julai 2015.

Beliau berkata, Newco disasar kembali untung 3 tahun selepas dikeluar penyenaraian dan kemudian disenarai semula antara 3-5 tahun menjelang 2017-2019.

“Kos penyusunan semula dan pelaburan ialah RM6 bilion yang akan diagih secara berperingkat-peringkat,” katanya di sini, sebentar tadi.

Azman berkata, suntikan modal RM6 bilion merangkumi kos nyahsenarai OldCo sebanyak RM1.4 bilion, kos penyusunan semula dan pemberhentian kakitangan (RM1.6 bilion) dan suntikan modal RM3 bilion dalam NewCo.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya akan kekal memimpin memimpin OldCo sehingga 1 Julai 2015 apabila NewCo mula berkuat kuasa.

Selain itu, Khazanah Nasional sudah memulakan proses pencarian CEO baharu yang dijangka diumumkan sebelum akhir tahun ini.

Sementara itu, MAS akan mengurangkan sehingga 30 peratus kakitangannya atau 6,000 orang daripada 20,000 orang pada masa ini.

Azman juga berkata, MAS akan menyusun semula model perniagaan dengan rangkaian yang lebih fokus kepada rangkaian serantau, menurunkan struktur kos dan penekanan kepada pengurusan pulangan hasil.

Katanya, peralihan kepada NewCo yang dikenakan syarat pembiayaan yang ketat, disasar menurunkan struktur kos berdasarkan amalan dan penanda aras industri, dengan penjimatan sebahagian besarnya datang daripada kontrak perbekalan lebih baik dan kos tenaga kerja.

Antara penekanan dalam program pemulihan MAS ialah penyatuan operasi dan ibu pejabat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Subang sekarang.

Ini akan membolehkan MAS menggabungkan operasi, menambah baik cara kerja sekali gus menandakan permulaan baharu MAS Baharu, kata Azman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.