Pakar Bedah Gila Seks Dihantar Pulang Ke Malaysia

Kuala Lumpur – Seorang pakar bedah kelahiran Malaysia di Sydney yang dipenjara kerana menyebabkan kematian dua pelacur akibat dadah, Dr Suresh Nair, telah dihantar pulang ke negara ini.

Menurut laporan the Daily Telegraph, Menteri Imigresen Australia Scott Morrison telah mengarahkan penghantaran pulang Dr Suresh ke Malaysia dan dia sudah pun meninggalkan Australia pada Selasa.

Dr Suresh dipenjara pada tahun 2011 kerana membunuh pelacur berusia 22 tahun, Domingues Zaupa, yang mengambil kokain berlebihan semasa pesta di sebuah apartmen mewah pakar bedah itu di Sydney pada tahun 2009.

Dr Suresh juga mengaku bersalah membekalkan kokain, yang menyebabkan kematian pelacur Victoria McIntyre, 23, di apartmennya kurang setahun selepas itu.

Mahkamah turut dimaklumkan McIntyre mati di bilik tidur sementara Dr Suresh melanggan beberapa lagi pelacur pada waktu marathon seks dan dadah itu.

Dr Suresh juga bertanggungjawab di bawah semua pertuduhannya selepas dibebaskan di bawah sistem parol pada 31 Julai.

Dr Suresh sudah menetap di Australia sejak kecil tetapi tidak pernah diberi kerakyatan negara itu.

“Saya mengambil tanggungjawab serius ini untuk mempertahankan Australia daripada ancaman bukan rakyat negara ini terutama berkenaan kes-kes jenayah,” ujar Morrison.

Kes Dr Suresh pertama kali dilaporkan pada tahun 2004 ketika disahkan positif dadah di Hospital Nepean. Dia dipenjarakan selama lima tahun dan tiga bulan pada 2011 tetapi dikurangkan selepas membuat rayuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.