Memey Hamil Anak Kedua, Norman Hakim Emosi

Aktor Norman Hakim mendedahkan sikap emosional yang menular secara tiba-tiba dalam dirinya, rupanya memberi petanda bahwa isterinya pelakon Memey Suhaiza hamil lagi.

Menurut Norman, 38, beberapa hari sebelum dia dan isterinya mengetahui berita gembira itu, dia mula merasakan perubahan pada dirinya yang tidak semena-mena bersikap mudah beremosi.

“Beberapa hari sebelum kami dapat tahu, saya dapat rasa perubahan pada diri saya. Saya jadi lebih emosional. Selalunya tak macam tu pun.

“Kemudian saya beritahu Memey yang saya macam rasa dia hamil lagi. Padahal masa tu dia sendiri pun belum tahu apa-apa.

“Lepas tu Memey uji dengan pregnancy test. Keputusannya positif. Alhamdulillah. Tapi untuk nakkan lagi kepastian saya bawa dia jumpa doktor dan doktor sahkan dia hamil 6 minggu”, kata Norman ketika ditemui pada majlis sidang media Tribute P. Ramlee baru-baru ini.

Bersyukur dengan rezeki tersebut, Norman juga memberitahu dia dan Memey sebetulya memang mengharap untuk menimang cahaya lagi dalam masa terdekat memandangkan anak sulung mereka, Mohamed Darwisz kian membesar.

“Saya dan Memey memang terfikir nak tambah cahaya mata. Lagipun Darwisz dah besar. Memey ada cakap kalau boleh dia nak tiga orang anak. Sebelum ni saya dah ada tiga. Jadi rasanya kalau dapat enam tu, Alhamdulillah”, ujarnya

Tiga lagi cahaya mata hasil perkahwinan bersama pelakon Abby Abadi iaitu Mohamed Danish Hakim, 11, Marissa Dania Hakim,9, dan Maria Danisha Hakim, 6.

Dalam pada itu tambah Norman, dikelilingi oleh empat lagi cahaya matanya yang kini sedang membesar, menjadikan dirinya seorang yang lebih matang dan bertanggungjawab.

“Mereka (anak-anak) ini adalah amanah yang harus saya galas sebaik mungkin. Semakin hari ia satu proses pembelajaran untuk saya. Saya lebih bertanggungjawab dan matang”, katanya yang bakal muncul menerusi telemmovie ‘Nak Kahwin Lagi’ yang akan ditayangkan di TV1 pada 19 Oktober 2014.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.