Lima Maut, Letupan Tangki Gas Di Madinah

Madinah – Sekurang-kurangnya lima orang maut dan beberapa kenderaan rosak teruk dalam satu letupan tangki gas berhampiran sebuah hospital di Madinah, kelmarin.

Dalam satu kenyataan bersama Jabatan Hal Ehwal Kesihatan Pengawal Kebangsaan dan Pertahanan Awam memaklumkan, siasatan telah dilancarkan untuk menentukan punca letupan yang berlaku berhampiran Prince Mohammed National Guard Hospital.

“Letupan bagaimanapun tidak merosakkan bangunan utama hospital dan tidak mencederakan mana-mana pesakit,” menurut kenyataan itu.

Difahamkan, letupan kira-kira pukul 9.15 pagi (waktu tempatan) itu berlaku di Syarikat Gas Perindustrian Negara (Gasco) ketika kerja penyelenggaraan sedang dilakukan.

Akibat letupan itu, bangunan penyimpanan gas terbakar dan menyebabkan kerosakan kepada kawasan sekitar, dipetik dari laporan  Arab News.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.