Jangan Terpedaya ‘Jihad Seksual’, Ia Jatuhkan Martabat Wanita – Rohani

Kuantan – Wanita Islam di negara ini perlu berhati-hati dan jangan terpedaya dengan ajakan pihak yang mempergunakan jihad dan Islam sehingga menjadi mangsa kegiatan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, sekiranya perkara ini benar maka ia amatlah menyedihkan.

“Walaupun perkara itu tidak pasti kesahihannya namun saya ingin menyeru kepada semua wanita, jangan pergi buat perkara itu kerana ia menjatuhkan martabat seorang wanita. Agama Islam tidak pernah mengajar kita begini.

“Saya menyeru kepada semua wanita agar jangan mudah terpedaya kerana Islam tidak pernah mengajar jihad seperti ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Kem Integrasi Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) di Felda Bukit Kuantan semalam.

Rohani mengulas laporan SuaraTV yang mendakwa terdapat sekurang-kurang tiga wanita dari negara ini yang menyertai ISIS untuk menawarkan ‘Jihad Al-Nikah’ atau jihad seksual.

Dalam laporan tersebut, Jihad Al-Nikah merujuk kepada konsep dimana wanita Sunni menawarkan diri mereka untuk memenuhi keperluan seksual pejuang yang memperjuangkan undang-undang Islam.

 

Baca: Jihad Seksual: Majlis Fatwa Perlu Jelaskan Jihad Sebenar

 

Baca: Wanita Malaysia Sertai Jihad Di Timur Tengah Dijadikan ‘Perempuan Penghibur’ – Sumber Risikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.