Hina Sultan: Naib Ketua PKR Johor, Disiasat Bawah Akta Hasutan

Kuala Lumpur – Naib Ketua PKR Johor, Hassan Karim telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Shah Alam pada pukul 2.30 petang ini, untuk disoal siasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Hassan ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan perkara tersebut.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara ini namun mengatakan bahawa siasatan adalah berkenaan dakwaan beliau mengeluarkan kenyataan yang dikatakan menghina Sultan Selangor.

“Ia berkaitan pandangan saya berhubung constitution (perlembagaan), tentang isu Menteri Besar Selangor, dalam Twitter dan Facebook baru-baru ini,” katanya.

“Namun saya hanya menjawab ‘saya gunakan hak saya yang hanya sebagai suspek (belum didakwa bersalah) untuk kekal diam. Dan di akhir pertanyaan juga saya mengaku tidak bersalah dan selebihnya saya guna alasan kekal diam,” katanya.

Hassan Karim

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peguam Hassan, Mohd Radzlan Jalaluddin berkata setakat ini belum ada surat tangkapan atau dakwaan apa-apa pun kita masih menunggu bon jaminan untuk melepaskan beliau,” katanya.

“Namun saya hanya menjawab ‘saya gunakan hak saya yang hanya sebagai suspek (belum didakwa bersalah) untuk kekal diam. Dan di akhir pertanyaan juga saya mengaku tidak bersalah dan selebihnya saya guna alasan kekal diam,” katanya. – See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemimpin-pkr-kunci-mulut-semasa-disiasat-polis-kerana-persoal-percutian-sul#sthash.KFCeUnWh.dpuf

Hasan disiasat berikutan laporan polis yang dibuat oleh PERKASA pada 16 Ogos lalu berhubung tulisan di Twitternya yang didakwa menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah.

NGO itu merujuk tweet Hassan yang bertulis: “Sultan jenis apa dia ini? Ketika Selangor dalam krisis serius dia lari keluar negeri.”

Dalam tweet berasingan, Hassan turut menggesa sultan dan penyandang menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya belajar daripada krisis di Perak.

Hassan merupakan seorang peguam dan bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Pihak Istana Selangor dalam satu laporan sebelum ini dikatakan tersinggung dengan kenyataan anti-istana yang dilemparkan sesetengah pihak ekoran krisis Menteri Besar Selangor sebagai ‘menjejaskan’ dan ‘menyakitkan hati’.

 

Baca: Istana Selangor Tersinggung Dengan Serangan Berterusan Pihak Tertentu

 

Baca: Hina Sultan Selangor, Perkasa Buat Laporan Polis

One thought on “Hina Sultan: Naib Ketua PKR Johor, Disiasat Bawah Akta Hasutan

  • August 29, 2014 at 7:41 pm
    Permalink

    Pandai engko yerkk….guna hak kamu sebagai suspek….mmg nokharom laaa

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.