Cabul Rakan Sekerja: Deejay Radio Dihukum Penjara 2 Tahun

Seorang penyampai radio Singapura dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini semalam setelah didapati bersalah mencabul seorang pengacara wanita dan rakannya di sebuah hotel, dua tahun lalu.

Majistret Nur A’minatul Mardhiah Md. Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap Low Yong Kian, 29, yang berasal dari Johor Bahru, Johor selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap pertuduhan tersebut di akhir pembelaan.

Mengikut pertuduhan pertama, Yong Kian didakwa mencabul kehormatan seorang pengacara wanita popular sebuah stesen televisyen berbayar saluran berbahasa Mandarin yang berusia 32 tahun.

Dia turut didakwa mencabul rakan wanita pengacara berkenaan yang berusia 33 tahu

Kedua-dua perbuatan itu dilakukannya di bilik hotel No. 604 Hotel Mandarin Oriental, Jalan Pinang di sini pada pukul 4.30 pagi, 22 Julai 2012.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.