Aliff Aziz ‘Hilang’ Untuk Selesaikan Masalah Peribadi, Janji Untuk Berubah

Aliff Aziz, 23, yang sebelum ini dikatakan ‘hilang’ akhirnya muncul dengan janji untuk berubah selepas menyepikan diri sejak sebulan lalu.

Bercakap kepada mStar online, penyanyi kelahiran Singapura, berkata, dia kini sedang menguruskan beberapa hal berkaitan peribadi termasuk menggunakan waktu tersebut untuk berehat bersama keluarga di tempat kelahirannya itu.

“Saya tidak hilang, bersembunyi atau melarikan diri daripada sesiapa atau pun mempunyai masalah kewangan. Saya cuma berehat daripada industri seni buat sementara bagi menguruskan beberapa hal peribadi.

“Apabila sudah bersedia nanti saya akan kembali semula, namun buat masa ini saya mahu berehat secukupnya dan meluangkan masa bersama keluarga,” ujarnya ketika menghubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Aliff berkata demikian bagi menjelaskan keadaannya yang dikhabarkan menghilangkan diri sehingga gagal dihubungi oleh beberapa pihak yang ingin berurusan dengannya sejak sebulan lalu.

Tindakan Aliff yang gagal dihubungi menimbulkan masalah kepada syarikat rakamannya iaitu Sony Music apabila banyak jadual berkaitan sesi fotografi dan undangan persembahan terpaksa dibatalkan.

Dalam pada itu Aliff berkata, dia sudah pun menghubungi pihak pengurusannya bagi menjelaskan perkara itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.