Ini peluang terakhir Azmin, jika kalah memang ‘bungkus’ – Shahril

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerjaya politik Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dijangka tamat sekiranya beliau gagal menang di DUN Hulu Kelang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Dalam podcast Keluar Sekejap, bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan meramal jika bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) itu ‘bungkus’ dalam pertembungan menentang bekas anak didiknya, Juwairiya Zulkifli (PH) di Hulu Kelang maka tidak mustahil kerjaya politik Azmin di peringkat nasional dan parti Bersatu akan tercicir.

“Kalau tanya penyokong-penyokong PH dan BN antara figura yang mereka paling tak suka ialah Azmin kerana bagi mereka Azmin ni bungkus habis, tak ada peluang disebabkan Langkah Sheraton dan beberapa lagi insiden lain.

“Atas sebab itu ramai pemerhati politik nasional menganggap bahawa Azmin ‘bungkus’.

“Dua perkara akan berlaku dari segi politik nasional iaitu mungkin akan tinggalkan dia dan dalam Bersatu sendiri beliau mungkin akan tercicir berbanding dengan pemimpin-pemimpin lain termasuk Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang dilihat sebagai ‘the natural successor to Tan Sri Muhyiddin Yassin’ dan atas dua alasan ini Azmin perlu menang DUN Hulu Kelang,” kata Shahril.

Pun begitu, Shahril juga menegaskan bahawa Azmin ada aura tersendiri di Selangor.

“Dia (Azmin) ada sesuatu di Selangor, faktor lokal atau faktor Selangor yang tak ada di negeri-negeri lain. Di Selangor dia ada aura yang tak boleh dinafikan.

“Saya anggap ini mungkin peluang terakhir untuk Azmin walaupun beliau hanya pernah kalah sekali sahaja tetapi kerjaya dia tak mampu (bangkit) dan naratif dia bungkus sungguh mempengaruhi , jadi kalau dia betul-betul kalah sekali lagi dalam PRN ini , memang tak dapat tempat,” jangka beliau lagi.

Bagaimanapun, bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dilihat kurang bersetuju dengan jangkaan Shahril berkenaan kerjaya politik Azmin yang juga bekas Menteri Besar Selangor itu.

“Dalam politik ni sangat tak boleh dijangka, kita tak boleh kata orang itu koyak habis dia punya karier.

“… sebab kita dah tengok kebangkitan kerjaya orang yang kita rasa dia dah memang dah khalas,” katanya.

Azmin akan bertembung satu lawan satu dengan Juwairiya untuk merebut kerusi DUN Hulu Kelang pada 12 Ogos ini.

Pada PRU15 lalu, Azmin Ali gagal mempertahankan kerusi Parlimen Gombak yang disandang sejak 2004 apabila kecundang di tangan anak didiknya, Datuk Seri Amirudin Shari yang juga Menteri Besar Selangor.

Dalam pertembungan lima penjuru kerusi itu, Amirudin (PH-PKR) memperoleh 72,267 undi dengan majoriti 12,729 undi manakala Azmin (PN-BERSATU) mendapat 59,538 undi, Datuk Megat Zulkarnain Omardin (BN-UMNO) meraih 30,723 undi, Datuk Aziz Jamaludin Mhd Tahir (GTA-PEJUANG) mendapat 2,223 undi dan Zulkifli Ahmad (Bebas) menerima 675 undi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat