Video: Umno Amalkan ‘Politics of Hope’

PARIT – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa Umno bukanlah parti yang mengamalkan ‘Politics of Fear’ tetapi lebih kepada ‘Politics of Hope’.

Menurut beliau Umno nyata merupakan sebuah parti yang memberi pengharapan kepada rakyat.

Buktinya tiada sebarang tangkapan dilakukan di bawah ISA kerana ia sudah pun dimansuhkan.

Malahan Umno sendiri telah menyumbang begitu banyak jasa terhadap rakyat.

“Dalam politik kita ada dua domensi. Satu the politics of fear dan satu lagi the politics of hope.

“Umno tak main politic of fear tapi akan bagi pengharapan.

“Kita umno parti yang berkuasa tapi kita tak main politics of fear kerana ia akan hancurkan rakyat.

“Tapi Umno akan terus kasi pengharapan pada rakyat kerana kitactelah buktikan selana 60 tahun kita lah parti yang paling banyak berbudi pada negara,”katanya ketika berucap di Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Parit.

Dalam ucapan perasmiannya itu, beliau juga turut memerli Presiden Parti Pribumi Bersatu(Bersatu), Tun Mahathir Mohammad yang dilihat menggunakan kekerasan ketika mentadbir selama 22 tahun.

“Siapalah yang memerintah selama 22 tahun dahulu tahan orang bawah ISA.

“Lim Kit Siang kena tahan, Anwar ibrahim kena tahan, Datuk Zambri Kadir pun kena tahan di bawah ISA sedangkan dia ketua Pemuda Umno masa itu.

“Tak ada siapa yang kena tahan di bawah ISA ketika pemerintahan saya, sebab saya dah mansuhkan ISA,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau juga turut menegaskan bahawa parti Umno hanya menerima ahli yang tidak setia kepada parti.

“Kalau dah keluar daripada Umno keluar sahajalah..kita nak orang yang setia sahaja.

“Jangan sekali-kali menghacurkan parti keramat kita,”katanya.

Dalam Mesyuarat Umno Bahagian Parit, turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Zambri Kadir dan Ahli parlimen Parit, Datuk Zaim Abu Hasan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.