Video: Ribuan Penduduk Parit Raikan Kehadiran PM

PARIT – Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Parit di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit nyata mengembirakan penduduk di sini apabila beliau diraikan dengan sorakan serta keterujaan mereka dengan kehadirannya.

Bermula jam 8 pagi lagi penduduk tempatan sudah membanjiri perkarangan Stadium Mini Parit bagi menyaksikan sendiri pemimpin kesayangan rakyat itu.

Pada ketika Najib mendarat, sorakan dan teriakan nama ‘Najib’ sebagai tanda sambutan mereka kepada Najib.

Kemudian beliau diarak bergerak ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Parit.

Dalam Ucapan perasmiannya tadi, beliau turut meluahkan keterujaan beliau melihat sendiri sokongan yang di tunjukkan oleh penduduk tempatan.

“Saya rasa begitu bersemangat pada hari ini kerana hadirin telah menerima kedatangan saya dengan penuh kemesraan dan sambutan yang sangat ikhlas.

“Teman(saya) rasa bersemangat sebab kome (kalian) menerima kedatangan yang penuh pengharapan,”katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Parit tadi.

Selepas ucapannya, beliau dikejutkan dengan nyanyian lagu selamat hari jadi kepada beliau sebagai tanda penghargaan.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.