Ujian Peluru Perpandu ‘ICBM’ Yang Kedua Mampu Sasar Wilayah Amerika Syarikat Kata Jong Un

PYONGYANG, Korea Utara – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un berkata, ujian kedua peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) menunjukkan negaranya mampu menyasar wilayah Amerika Syarikat, sejam selepas pelancarannya, para penganalisis menyimpulkan bahawai senjata Korea Utara kini mampu sampai ke wilayah Los Angeles dan Chicago.

Menurut AP, agensi Berita Pusat Korea mengatakan bahawa pemimpin Kim menyatakan “kepuasan besar” selepas peluru berpandu Hwasong-14, yang dilancarkan buat pertama kali pada 4 Julai, mencapai ketinggian maksimum 3,725 kilometer (2,314 batu) dan mengembara sehingga 998 kilometer (620 batu) dari titik pelancarannya sebelum masuk dalam perairan berhampiran Jepun, lapor RTM.

Agensi itu memetik Kim sebagai berkata bahawa pelancaran terbaharu ini mengesahkan kebolehpercayaan sistem ICBM negaranya dan mengesahkan keupayaan untuk melancarkan peluru berpandu di “rantau dan lokasi secara rambang pada bila-bila masa” dengan wilayah “seluruh” Amerika Syarikat kini dalam sasaranya.

Kim berkata pelancaran pada lewat hari Jumaat memberi “amaran serius” kepada Amerika Syarikat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.