‘Tolong Jangan…Saya Bukan Dia!’ – Alif Satar

Penyanyi dan pelakon Alif Satar meminta orang ramai agar tidak tersilap identiti dirinya dengan penyanyi kelahiran Singapura yang berhadapan dengan kontroversi dan ditahan polis awal pagi semalam.

“Tolong jangan salah sangka, saya bukan dia,” tulis pelakon berusia 27 tahun itu menerusi akaun Instagramnya malam tadi, seperti memetik Awani.

Ini susulan gara-gara ada beberapa pihak mengkritik Alif Satar kerana terkeliru identiti dengan artis yang ditahan kerana mengasari isterinya yang baru 20 hari melahirkan bayi sulung mereka. 

Kenyataan itu kemudian viral di media sosial, dan netizen meminta orang ramai untuk tidak menjejaskan imej Alif Satar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.