Selepas Muat Naik Gambar Percutian Di IG, Rumah Agam John Terry Dirompak

Tindakan bekas pemain bola sepak kelab Chelsea, John Terry, memuat naik gambar percutiannya bersama keluarga mengundang padah apabila rumah agamnya di Oxshott, Surrey, dimasuki pencuri.

Akibatnya, Terry mengalami kerugian kira-kira £400,000 (RM2.2 juta).

Menurut Daily Mail, insiden dipercayai berlaku pada Februari apabila Terry berkongsi gambar dia dan isterinya Toni yang sedang menikmati percutian di French Alps kepada 3.4 juta pengikut Instagram bintang bola sepak itu.

Antara barang yang dilarikan termasuk sebuah trofi, koleksi novel Harry Potter edisi pertama bernilai £18,000, wang tunai £30,000 dan batu permata bernilai £219,000, lapor Awani.

Barang kemas, jam tangan, dan koleksi beg tangan Toni bernilai £126,000 turut lesap.

Dalam kejadian itu juga, rumah bekas pemain Chelsea itu digeledah sehingga menyebabkan kerosakan berjumlah £19,000.

Pasangan itu tidak menyedari perkongsian mereka itu secara tidak langsung telah mendedahkan bahawa kediaman mereka tidak berpenghuni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.