Pelakon Aliff Aziz Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

KUALA LUMPUR – Artis berasal dari Singpura, Aliff Aziz, 26, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, suspek akan diberi jaminan hari ini berikutan siasatan kes sudah selesai.

Katanya, kes akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk arahan selanjutnya.

Semalam, Aliff ditahan polis atas kesalahan memukul isterinya, Bella Atillah, 23, di sebuah pusat hiburan di Taman Shamelin, Cheras.

Bella yang masih dalam pantang selepas melahirkan anak sulung mereka dikatakan menemui Aliff bersama seorang pelakon wanita baharu di dalam sebuah bilik karaoke.

Kekecohan dikatakan berlaku sehingga Aliff bertindak membelasah isterinya itu sehingga mendapat kecederaan di muka dan lutut.

Artis itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.