Konsert G-Dragon Ubah Tarikh, Hormati Hari Malaysia

Bagi menghormati hari Malaysia, konsert siri jelajah , ‘G-DRAGON 2017 WORLD TOUR in Malaysia’ telah diubah tarikh kepada 17 September depan.
 
Perkara itu dimaklumkan oleh penganjur, IME Malaysia yang mengambil inisiatif untuk melewatkan sehari konsert berkenaan melalui satu kenyataan media beberapa hari yang lalu.
 
Bagaimanapun penundaan itu tidak melemahkan semangat peminat untuk melihat ketua kumpulan BIGBANG itu mengadakan konsert solonya di negara ini, lapor AstroGempak.
 
Penjualan tiket untuk menyaksikan persembahan G-Dragon secara live itu akan mula dibuka esok di Sunway Velocity Cheras bermula jam 10 pagi hingga 3 petang.
 
Tiket-tiket boleh didapati dengan harga antara RM210 sehingga RM710.
 
Pada hari pelancaran jualan tiket tersebut, setiap individu hanya boleh membeli 10 keping tiket sahaja
 
Manakala untuk pembelian secara online boleh dibuat menerusi TicketCharge (www.ticketcharge.com.my) pada hari yang sama bermula jam 4 petang.
 
Selain itu, kaunter tiket terpilih untuk menjual tiket berkenaan mula dibuka pada 31 Julai ini.
 
Kaunter tiket yang terpilih adalah Speedy Video, Rock Corner, Chambers Music, PJ Live Arts, kaunter pertanyaan Pusat Beli-Belah The Mines dan 1 Shamelin.
 
‘G-DRAGON 2017 WORLD TOUR in Malaysia’ akan berlangsung di Stadium Merdeka pada jam 7.30 malam.
 
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman Facebook rami (IME Asia), Twitter (IMEproduction) atau Instagram (IME_Asia)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.