Kisah Anak Bekas Presiden Uzbekistan, Dari Penyanyi Terkenal Ke Penjara

Puteri sulung mendiang Presiden Uzbekistan, Gulnara Karimova yang pernah menjadi tokoh sosial yang glamor, pereka fesyen dan penyanyi terkemuka telah disumbat ke penjara.

Gulnara, 45, dituduh terlibat dalam penggubahan haram secara besar-besaran. Beliau dihadapkan atas dua tuduhan rasuah melibatkan aset yang bernilai RM4.2 bilion di 12 negara termasuk UK, Rusia, Malta dan Emiriah Arab Bersatu.

Bapanya, Karimov meninggal dunia setelah mengalami serangan angin ahmar pada bulan September tahun lalu.

Gunara sebelum ini diuar-uarkan bakal menggantikan bapanya. Beliau pernah bertugas sebagai duta besar Uzbekistan untuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva.

Beliau dilaporkan berada di dalam tahanan rumah di negara sejak tahun 2014, setelah secara terbuka bertengkar dengan ibu dan adik perempuannya Lola di Twitter.

Gulnara juga tidak menghadiri pengebumian ayahnya.

Dalam satu wawancara dengan BBC pada bulan Disember lalu, anak laki-laki Gulnara yang tinggal di London, Islam Karimov Jr, 23, telah meminta pihak berkuasa di Uzbekistan untuk membuktikan bahawa ibunya masih hidup dan sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.