Justin Bieber Langgar Jurugambar ?

PENYANYI Justin Bieber secara tidak sengaja melanggar seorang jurugambar dengan keretanya ketika dia hendak meninggalkan sebuah restoran di Beverly Hills pada Rabu lalu.

NY Daily News melaporkan Justin, 23, tidak perasan jurugambar itu berada di bahagian belakang kenderaannya semasa dia cuba mengundurkan kereta sebelum melanggarnya.

Saksi kejadian bagaimanapun memberitahu jurugambar itu bernasib baik kerana Justin ketika itu memandu dengan kelajuan minimun dan dia hanya mengalami kecederaan ringan.

Rasa bertanggugjawab terhadap kejadian itu, Justin segera turun dari keretanya untuk melihat keadaan orang yang dilanggarnya.

Malah Justin menunggu sehingga ambulans dan polis tiba di lokasi kejadian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.