Gagal Bayar Hutang, Wanita Tekad Bedah Plastik

SHANGHAI – Hanya kerana ingin melarikan diri daripada hutang, seorang wanita dari bandar Wuhan di tengah China, mengubah wajahnya dengan membuat pembedahan plastik.

Menurut Reuters, agensi berita Xinhua melaporkan, wanita berusia 59 tahun itu bertindak demikian semata-mata untuk mengelak daripada membayar pinjaman peribadi berjumlah 25 juta yuan (RM15.89 juta).

Dalam kes yang mengetengahkan cabaran buat China ketika ia cuba membentuk ‘masyarakat berbelanja,’ pegawai polis dilaporkan terkejut selepas menahan wanita itu yang melarikan diri ke bandar tenggara China di Shenzhen selepas mahkamah di Wuhan mengarahkannya membayar hutang terbabit.

“Kami sangat terkejut di tempat kejadian. Wanita itu kelihatan berusia 30-an dan amat berbeza daripada gambar,” kata polis, lapor BH.

Sehubungan itu, wanita dikenali sebagai Zhu Najuan itu juga mengaku menggunakan kad pengenalan individu lain untuk menaiki kereta api merentasi negara itu.

Xinhua berkata, suspek membayar kos pembedahan plastik menggunakan pinjaman bank.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.