Apple Tamatkan Ipod Nano Dan Ipod Shuffle

SAN FRANCISCO – Gajet muzik, iPod Nano dan iPod Shuffle telah ditamatkan.

Menurut AFP, syarikat Apple menghentikan jualan dua gajet pemain muzik adalah satu langkah apabila gajet muzik itu semakin merosot berbanding dengan era kini yang mana ramai orang menyimpan atau mendengar lagu mereka daripada telefon pintar.

Bagaimanapun, produk iPod masih tetap hidup, dimana Apple merancang untuk terus menjual iPod Touch yang dihubungkan dengan internet.

Dalam menunjukkan komitmennya terhadap iPod Touch, Apple menggandakan kapasiti penyimpanan model teratasnya kepada 128 gigabait. Versi itu berharga $ 300. iPod Touch dengan 32 gigabait penyimpanannya yang dijual dengan harga $ 200.

Nano dan Shuffle keluar pada tahun 2005 sebagai alternatif yang lebih murah dan lebih kecil untuk iPod yang standard.

Apple telah lama meramalkan permintaan iPod akan beransur-ansur menurun apabila lebih ramai orang membeli iPhone atau telefon pintar lain yang mampu memainkan muzik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.