Aplikasi iPhone Selamatkan Pendaki

LONDON – Seorang pendaki yang hilang berjaya ditemui selepas pihak berkuasa menggunakan aplikasi iPhone, Find My Friends untuk mencarinya di kawasan gunung Dove Craig di Tasik District baru-baru ini.

Menurut Agensi, dalam kejadian tersebut, lelaki yang tidak dinyatakan namanya itu tersadung ketika menuruni puncak gunung menyebabkan dia terjatuh ke dalam satu lubang gua dengan ketinggian 8 meter. Susulan itu, dia mengalami kecederaan kepala dan tidak mampu bergerak.

Pasukan Penyelamat Gunung Patterdale berkata, mangsa berjaya menghubungi talian kecemasan 999, tetapi tidak dapat menyatakan lokasi sebenarnya, lapor Kosmo.

Mereka kemudian menggunakan aplikasi Find My Friends yang boleh mengesan lokasi pengguna menggunakan isyarat sistem kedudukan global (GPS).

Kumpulan penyelamat berkata, lelaki itu sangat bernasib baik kerana tanpa bantuan aplikasi itu, mereka tentu sekali sukar untuk mencarinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.