2 Blok Asrama Maahad Tahfiz Di Sepang Musnah Dijilat Api

PUTRAJAYA – Dua buah blok asrama Maahad Tahfiz Al Baraqah, Sepang, musnah dijilat api dalam satu kebakaran awal pagi tadi.

Menurut jurucakap bomba, kejadian tersebut yang berlaku kira-kira pukul 4:40 pagi itu turut merebak ke sebuah rumah setinggan menyebabkan 30 peratus daripada rumah itu terbakar, lapor Bernama.

Sebanyak 25 anggota bomba dari tiga balai berdekatan terlibat dalam usaha memadam api kebakaran tersebut.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, katanya ketika dihubungi media di sini hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.