Video : Pemuda UMNO Perlu Sedia Bukti Kukuh – Tajudin Rahman

KUALA LUMPUR –  Pemuda UMNO perlu bersedia dengan bukti kukuh berhubung individu terbabit dalam konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

 

Tajuddin berkata, Pemuda UMNO mestilah bersedia dengan bukti-bukti yang kukuh supaya tidak dianggap membuat satu tuduhan yang tidak baik.

 

“Jadi saya rasa masyarakat umum nak tahu juga nanti apakah bukti-bukti itu. Saya juga percaya mereka yang berkenaan tentu akan mempertahankan diri mereka akan menggunakan pakar-pakar guaman.

 

“Pemuda UMNO mesti mempunyai bukti-bukti kukuh. Saya nak kata betul atau tak betul saya tak tahu,”katanya di Majlis Jamuan Aidilfitri Wanita Umno di PWTC, di sini, hari ini.

 

Terdahulu, polis memanggil Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun berhubung laporan polis dibuatnya mengenai dakwaan wujud konspirasi pihak tertentu untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia.

 
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin enggan memberikan sebarang ulasan mengenai pendirian beliau terhadap tindakan Naib Presidennya, Khairul Azwan Harun membuat laporan polis terhadap tiga nama individu yang didakwa berkomplot menyalurkan maklumat dalam menjatuhkan Perdana Menteri.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.