Video : Pemuda UMNO Angkuh Kerana Masih Tidak Beri Kenyataan – Aziz Bari

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Prof Dr Aziz Bari berkata, pemuda UMNO angkuh kerana masih tidak beri kenyataan dan kerjasama kepada polis berhubung isu wujud konspirasi pihak tertentu untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia.

 

Aziz berkata, beliau sudahpun menjawab persoalan yang dikemukakan terhadapnya dengan tampil ke IPD hari ini berhubung isu gesaan ke atas Majlis Raja-Raja supaya ‘jangan makan dedak’ dan perlu mengambil tindakan terhadap saman sivil 1MDB.

 

“Soalan-soalan yang dikemukakan pada saya telah dijawab. Apa yang perlu di sisi undang-undang saya fikir pihak polis menjalankan tugas dengan profesional dan saya fikir semua pihak termasuk pihak berkenaan yang buat laporan tu, jadi kena akurlah.

 

“Tapi saya dapat laporan mengenai Pemuda Umno yang buat laporan mengenai tiga (Tan Sri) itu masih belum buat kenyataan, walaupun diminta berbuat demikian.

 

“Ini adalah satu benda yang ‘angkuh’!. Buat laporan tapi masih belum buat kenyataan. Apa yang masalah sangat? Apa yang lambat sangat?. Apabila pihak polis telahpun mengatakan secara terbuka bahawa mereka akan siasat, bagi kerjasamalah,”katanya selepas memberikan keterangan di IPD Bukit Aman, disini, hari ini.

 

Terdahulu, polis memanggil Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun berhubung laporan polis dibuatnya mengenai dakwaan wujud konspirasi pihak tertentu untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia.

 

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin enggan memberikan sebarang ulasan mengenai pendirian beliau terhadap tindakan Naib Presidennya, Khairul Azwan Harun membuat laporan polis terhadap tiga nama individu yang didakwa berkomplot menyalurkan maklumat dalam menjatuhkan Perdana Menteri.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.