Video : Noh Omar Tidak Mahu Komen Tentang Laporan Polis Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR – Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai laporan polis Pemuda UMNO yang mendakwa wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk seri Najib tun Razak.

 

“Saya tak tahu. saya tiada komen (berhubung perkara itu). Itu kena tanya Pemuda,”katanya ketika ditemui di Majlis Aidilfitri di PWTC, tangahari tadi.

 

Sebelum ini, polis memanggil Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun berhubung laporan polis dibuatnya mengenai dakwaan wujud konspirasi pihak tertentu untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin enggan memberikan sebarang ulasan mengenai pendirian beliau terhadap tindakan Naib Presidennya, Khairul Azwan Harun membuat laporan polis terhadap tiga nama individu yang didakwa berkomplot menyalurkan maklumat dalam menjatuhkan Perdana Menteri.-SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.