Video : Isu Judi – Jangan Sampai Cacing Masuk Ke Mata, Kata MB N9

KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi membanteras usaha memerangi pusat judi siber haram.

 

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihaknya tidak mahu perkara ini merebak ke peringkat yang lebih serius.

 

“Itu pun dah menjadi masalah sosial, ada orang yang bercerai berai, ansuran bayaran rumah tak bayar sewa rumah tak bayar bil elektrik bagi saya kita kena tangani isu ini dengan lebih awal daripada terlambat, nanti susah.

 

“Jadi orang kata ‘jangan sampai cacing naik ke mata, (nanti) buta’. Saya nak pastikan supaya isu kesejahteraan rakyat ini (diketengahkan). Ia penting, seperti yang selalu disebut oleh yang berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,”katanya.

 

Bagaimanapun, menurutnya, kesejahteraan bukan dalam bentuk wang sahaja. Kerajaan sentiasa pastikan masyarakat tidak terlibat dengan permasalahan berat sehingga menjejaskan kehidupan.

 

“Kalau judi berleluasa, masyarakat akan bermasalah. Bila bermasalah kita takkan capai tahap kesejahteraan yang nak dicapai,”ujarnya.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.