Video : Aziz Bari Beri Keterangan Pada Polis Berhubung ‘Isu Makan Dedak’

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Prof Abdul Aziz Bari hari ini, memberi keterangan di ibu pejabat polis (IPD) Bukit Aman berhubung gesaannya terhadap Majlis Raja-Raja supaya ‘jangan makan dedak lagi’ dan terus menangani isu saman sivil 1MDB.

 

Aziz yang ditemani keluarganya, kelihatan bersahaja selepas keluar daripada IPD di sini, jam 9 pagi tadi.

 

“Saya dipanggil kerana dikatakan ada satu laporan polis berhubung dengan kenyataan yang saya buat mengenai tuntutan kehakiman DOJ mengenai 1MDB jadi saya dikatakan membuat kenyataan  yang menghasut dan memalukan pihak-pihak tertentu.

 

“Kalau dilihat kepada kenyataan itu, saya tidak menyuruh kepada keganasan dan itu terpulang kepada pihak berkenaan untuk ambil tindakan. Saya tidak menyuruh apa-apa. Saya tak menekan dan sebagainya ia terpulang kepada pihak berkenaan. Saya tak rasa (kenyataan) itu tak boleh diterima. Kerana bagi saya hak rakyat untuk membuat gesaan itu terbuka. Ia terpulang kepada pihak tertentu untuk membuat penilaian mengenai masalah yang kronik ini,”katanya.

 

Bagaimanapun, menurutnya beliau akur dan telah memberikan kerjasama untuk memastikan undang-undang berjalan dengan lancar.

 

Terdahulu, Jaringan Melayu Malaysia menggesa polis menangkap Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Dr Abdul Aziz Bari berhubung kenyataan yang dikeluarkannya beberapa hari lalu berunsur hasutan kepada orang ramai.

 

Ketua Setiausahanya, Hamdan Mohd Salleh berkata, ia bukan sahaja berunsur hasutan malah ia merupakan kenyataan menghina institusi raja-raja Melayu di negara ini kepada masyarakat dalam dan luar negara apabila menggesa institusi raja ambil tindakan dan ‘jangan makan dedak’ lagi.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.