‘Saya Pun Tak Tahu Isteri Kedua Adi Putra Ditahan’ – KPN

Polis belum mendapat maklumat berhubung dakwaan isteri kedua pelakon Adi Putra, Nor Shahida Zolkifly antara 15 kakitangan Jabatan Imigresen yang ditahan pada petang semalam di Putrajaya seperti laporan sebuah portal hiburan, semalam.

 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menjelaskan, beliau tidak tahu menahu tentang dakwaan itu.

 

“Mana awak tahu? Saya pun tidak tahu lagi,” katanya pendek pada sidang media selepas merasmikan merasmikan majlis penutup Persidangan Polis ASEAN (ASEANAPOL) ke-36 di sini petang kelmarin.

 

Sementara itu, timbalannya, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim yang berada pada sidang akhbar turut mengesahkan beliau juga tidak tahu menahu tentang dakwaan yang sama.

 

Selepas sidang media tamat, Noor Rashid menghampiri wartawan yang bertanya untuk bertanya tentang lebih lanjut tentang dakwaan itu.

 

Namun satu sumber yang boleh dipercayai menegaskan, penahanan 15 kakitangan Jabatan Imigresen itu memang berlaku semalam.

 

Khalid diminta mengulas laporan portal hiburan hari ini yang mendakwa isteri pelakon tersebut ditahan kira-kira jam 4.30 petang semalam di pejabatnya dalam operasi khas.

 

Sementara itu menerusi laporan akhbar, penangkapan tersebut dilakukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan berkaitan sindiket penyeludupan warga asing.

 

Menurut laporan tersebut lagi, kumpulan pegawai imigresen tersebut menjadi pemudah cara untuk menguruskan dokumen kemasukan warga asing ke Malaysia.

 

Malah siasatan awal mendapati, seorang suspek wanita disyaki bekerjasama dengan penyeludupan manusia masuk utama negara dengan bantuan beberapa pegawai lain.

 

Wanita tersebut juga dipercayai antara pegawai yang berurusan terus dengan ejen sindiket dan memperoleh keuntungan yang tinggi menerusi aktiviti tersebut.-MG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.