Rakyat Turki Guna Google Untuk Hentikan Kereta Kebal Pada Malam Kudeta

Rakyat Turki menggunakan Google untuk hentikan kereta kebal pada malam Kudeta.

 

Menurut sumber Anadolu Agency & World Bulletin, pada malam 15 Julai 2016, carian paling tinggi oleh pengguna Google di Turki adalah ‘Bagaimana cara menghentikan kereta kebal.

 

Dalam laporan carian Google itu turut menyenaraikan beberapa carian popular yang digunakan oleh rakyat Turki untuk menghentikan kereta kebal yang dipergunakan oleh pasukan kudeta antaranya, ‘Menuangkan cat di cermin depan kereta kebal,’ ‘Menutup tank dengan kain terpan,’ ‘Menempatkan dua baris trailers di depan kereta kebal sebagai halangan,”Letak besi, batu dan benda lainnya di roda kereta kebal,”Metode yang paling sering digunakan adalah dengan menggunakan t-shirt untuk sumbat ekzos (cara paling berjaya) serta ‘Belum termasuk membaringkan diri depan kereta kebal’.

 

Terdahulu, insiden rampasan kuasa di Turki menyebabkan lebih 200 orang terbunuh.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.