Les Copaque Terbit Upin Ipin Versi Sepanyol

KUALA LUMPUR – Syarikat Animasi 3D Terkenal Malaysia, Les Copaque telah mengambil satu lagi langkah dalam menembus pasaran di Sepanyol dengan menerbitkan Upin Ipin dalam versi Sepanyol.

 

Animasi popular ini menggunakan jalan cerita asal seperti yang ditayangkan di Malaysia namun alih suara telah digunakan bagi menembusi pasaran Sepanyol.

 

Drama animasi ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan muat naik episod animasi ini di youtube telah mencapai jumlah tontotan sebanyak 95 ribu.

 

Terdahulu, populariti Upin dan Ipin ini dibuktikan apabila disenaraikan dalam Malaysia Book of Record sebagai animasi paling berjaya pada tahun 2011. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.