Bilik Kuliah Masjid Negeri Terbakar

SHAH ALAM – Sebuah bilik kuliah di tingkat bawah Masjid Sultan Salahudin Abd Aziz Shah di sini musnah dalam kebakaran kira-kira jam 2.15 petang tadi.

 

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2.21 petang tadi dan 18 anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas ke lokasi.

 

Beliau berkata, bilik kuliah berkenaan musnah sepenuhnya.

 

“Bagaimanapun tiada mangsa terbabit dalam kebakaran itu.

 

“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.47 petang tadi,” katanya.

 

Mohd Sani berkata, punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.