Zahid Hamidi Anak Perak Pertama Dilantik TPM

IPOH – Kerajaan negeri merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

 

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pelantikan Ahmad Zahid suatu penghargaan bagi negeri ini kerana menjadi anak Perak pertama memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

 

“Tahniah diucapkan kepada beliau atas pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri, pastinya rakyat negeri Perak gembira dan berbangga.

 

“Adalah menjadi prerogatif Perdana Menteri untuk membentuk pasukan Kabinetnya,” katanya.

 

Zambry turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Ahli Parlimen Larut, Datuk Hamzah Zainuddin yang dinaikkan ke menteri penuh sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

 

Turut dibanggakan, pelantikan baharu Ahli Parlimen Tanjung Malim, Datuk Seri Ong Ka Chuan sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II.

 

“Ini satu lagi pengiktirafan kepada kebolehan dan kemampuan anak Perak,” katanya. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.