Vidal Milik Bayern Munich

Bayern Munich – Arturo Vidal sah menjadi milik Bayern Munich selepas mencapai persetujuan perpindahan sebanyak 28 juta pound (RM166 juta) bersama Juventus.

 

Pemain antarabangsa Chile itu lulus dalam ujian kesihatan sebelum berpindah ke kelab juara Jerman itu dan turut bersama pengarah kelab Matthias Sammer ketika sidang media awal pagi Rabu.

 

Vidal menandatangani kontrak selama empat tahun bersama Bayern.

 

Pemain berusia 28 tahun ini menggantikan Bastian Schweinsteiger di Bayern selepas kapten itu berpindah ke Manchester United musim baharu nanti.

 

Ketika di Juventus, Vidal telah membantu kelab itu mencatat kejayaan empat trofi Serie A.

 

Dia pernah menyertai kelab Jerman sebelum ini bersama Bayer Leverkusen di antara tahun 2007 dan 2011, dan mempamerkan 117 penampilan bersama Bundesliga serta meledak 15 gol keseluruhan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.