TRW Benam ATM 5-1 Dalam Aksi Liga Super

KELANTAN kembali semula ke landasan kemenangan apabila membelasah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 5-1 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu, semalam.

 

Dalam aksi tunggal Liga Super itu, pemain import The Red Warriors (TRW), Erwin Carrillo terlebih dulu meletakan tuan rumah di depan seawal minit ke-5 sebelum pemain tengah ATM, Venice Elphi menyamakan kedudukan m-9.

 

Namun kedudukan itu gagal dipertahankan pelawat apabila TRW kembali semula di depan menerusi jaringan Wan Zack Haikal m-39 diikuti jaringan Nor Farhan Muhammad m-43 untuk memastikan tuan rumah selesa mendahului 3-1 pada separuh masa pertama.

 

Bersambung babak kedua anak buah Zahasmi Ismail terus mengandakkan asakan menambah  jaringan dan hasilnya Carillo sekali  lagi meledak dengan jaringan m-63.

 

Wan Zaharulnizam Zakaria tidak  ketinggalan melengkapkan malam pesta Kelantan dengan gol m-73.

 

Kemenangan itu secara tidak langsung menyuntik semangat pemain TRW menjelang aksi getir menentang Perak di Kota Bharu, Sabtu ini. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.