Selepas Berhijab Lindsay Lohan Kembali Berbikini

Ada saja cara selebriti Hollywood, Lindsay Lohan mencuri perhatian umum.

 

Selepas foto dirinya mengenakan tudung juga membawa al-Quran tersebar di Internet beberapa bulan lalu, pelakon dan penyanyi yang beberapa kali dimasukkan ke pusat pemulihan akibat ketagihan alkohol ini kembali menjadi bualan hangat ramai.

 

Tersebar di Internet dan media sosial, beberapa gambar menunjukkan bintang filem Mean Girls ini berbikini.

 

Terkini, beberapa lalu dia memuat naik sekeping gambar di laman Instagram menunjukkan dirinya yang dalam keadaan berbikini tetapi membelakangkan kamera.

 

Aksinya itu mendapat banyak komen dan pujian pengikutnya.

 

Sementelah reaksi Lohan pula jelas menunjukkan dia sangat berbangga dengan bentuk badannya itu meskipun ada pihak yang memberikan kritikan kerana melihat tubuh selebriti itu yang terlalu kurus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.