Rombakan Kabinet Sabah

Kota Kinabalu – Kabinet Sabah juga mungkin akan menghadapi rombakan kabinet jika salah seorang Timbalan Ketua Menteri dilantik bagi jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri yang dikosongkan Datuk Seri Salleh Said Keruak, bermula hari ini.

 

Tiga ahli politik senior- Presiden Parti Bersatu Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Setiausaha Umno Sabah Datuk Seri Yahya Hussin dan Naib Presiden Parti Gerakan, Datuk Raymond Tan Shu Kiah kini memegang jawatan nombor dua dalam Kabinet Sabah.

 

Tetapi melalui pengalaman terdahulu, selepas bekas Speaker Dewan Undangan Sabah, Tun Juhar Mahiruddin meninggalkan jawatan dan menjawat jawatan ketua negeri ke-10, kerusi itu diberikan kepada Umno, apabila Salleh berjaya pada tahun 2011.

 

Sejarah sekali lagi berulang berikutan peletakan jawatan Salleh untuk memegang jawatan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu selepas dilantik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

 

Walaupun keputusan itu terletak pada Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman namun khabar angin menyatakan jawatan itu bakal diberikan kepada Yahya, 62, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan dan Anggota Dewan Undangan Negeri Petagas.

 

Ketiadaan beliau akan memberi laluan kepada dua ahli politik senior UMNO – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Hajiji Noor Seri dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Masidi Manjun untuk mengambil tempat nombor dua berdasarkan seioriti dan kelebihan mereka.

 

Dengan penyingkiran Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Musa mungkin akan menaikkan pangkat wakil rakyat dari Semporna untuk mengukuhkan UMNO sekali gus membuka jawatan Pembantu Menteri (assistant minister’s post) dalam Kabinet Sabah.

 

Bagaimanapun, menurut sumber jika benar terjadinya rombakan kabinet, pesaing terdekat Yahya adalah Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional Sabah (BNBBC Sabah), Datuk Abdul Rahim Ismail, 66, yang tidak asing dalam dunia politik Sabah.

 

Berdasarkan senioriti, bekas Menteri Pertanian dan Industri Makanan yang juga wakil rakyat Pantai Manis itu mempunyai kelebihan kerana mempunyai pengalaman yang luas sebagai seorang menteri negeri dan jawatan yang menjadikan beliau berpengetahuan dalam pentadbiran dalam dan luar kerajaan

 

Bagaimanapun, nama ketiga iaitu Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad, 54, juga disebut untuk merebut jawatan.

 

Namun sumber juga percaya bahawa Sabah berkemungkinan mempunyai Speaker Dewan Undangan Negeri wanita pertama yang merujuk kepada bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Armani Mahiruddin, 58 ,sebagai calon yang berpotensi.

 

Kerajaan negeri perlu membuat keputusan sebelum persidangan Dewan Undangan Negeri berlansung Oktober ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.